Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan
seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan negara tidak akan sempurna. Islam
memandang keluarga sebagai sebuah institusi pencorak masyarakat yang bakal dibina. Di
dalam Islam tanggungjawab kepimpinan keluarga pada asasnya terletak pada kaum lelaki.
Walau bagaimanapun dalam memastikan kejayaan institusi ini, kedua-dua belah pihak iaitu
ibu dan bapa seharusnya memainkan peranan yang sama penting. Sebagai suami peranan asas
ialah menyediakan keperluan seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Bukan itu sahaja,
sebagai seorang ayah, beliau juga bertanggungjawab untuk memberi pendidikan akademik
yang penting untuk perkembangan minda dan pendidikan agama untuk kesejahteraan rohani
dan fizikal. Bagi ibu pula tanggungjawab utamanya ialah memastikan kelancaran dalam
sistem rumah tangga yang disulami perasaan kasih sayang dan hormat menghormati. Mungkin
perkara ini bagi setiap individu yang bergelar ibu dan bapa sudah terlalu arif dan tidak perlu
untuk dibahaskan lagi
Dalam arus pembangunan masa kini, bentuk dan fungsi institusi keluarga telah banyak berubah. Peranan institusi keluarga pula dipindahkan kepada agen-agen sosialisasi lain seperti sekolah, polis, pejabat agama, pusat-pusat pemulihan, dan orang gaji. Agen-agen ini, bagaimanapun tidak dapat memenuhi peranan institusi keluarga. Perhubungan spiritual contohnya tidak mungkin dapat disempurnakan oleh institusi bukan kekeluargaan. Kekosongan jiwa boleh menimbulkan berbagai masalah sosial serius.
Pembentukan keluarga islam amat penting kerana ia merupakan asas pembinaan masyarakat yang harmoni. Keharmonian ini dapat dicapai apabila setiap individu melaksanakan tanggugjawabnya dengan baik dan sempurna. Tanggugjawab ini dapat dipenuhi apabila eratnya hubungan kasih sayang antara suami dan isteri dan pergaulan baik antara mereka. Pembentukan keluarga menjadi asas kepada kesejahteraan kerana dari sini terbentuk isteri yang baik, anak-anak yang taat, ibu bapa pemimbing, tempat berehat selepas penat bekerja, tempat perlindungan, kekuatan untuk hidup dan beribadat kepada Allah S.W.T dengan sebaik-baiknya.oleh itu, ibu bapa mestilah mengetahui dan menjalankan peranan hakiki masing-masing
Sebenarnya dalam islam terdapat banyak cara untuk menangani masalah keruntuhan institusi keluarga di kalangan masyarakat islam ini. Untuk menyelesaikan masalah ini ianya bermula daripada ibu bapa. Cara dan pendidikan yang diberikan ibu bapa pada anak memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah keruntuhan keluarga ini. Ibu bapa harus menekan pengetahuan agama terhadap anak mereka kerana pengetahuan agama amat penting.sebab dengan pengetahuan agama yang dimiliki akan menyebabkan anak merasa terikat oleh tali atau norma agama. Pendidikan tentang agama seharusnya dididik sejak anak berusia mentah bermaksud ketika usia anak tersebut sekitar 4 tahun. Ada teori mengatakan bahwa memberikan bekal pendidikan agama yang lewat atau sudah dewasa akan mengalami banyak kesulitan dan bahkan sangat sedikit untuk berhasil.
Terdapat beberapa cara / pendekatan pendidikan agama terhadap anak yang boleh diamalkan oleh ibu bapa iaitu mengajarkan tatacara berperilaku, membiasakan untuk saling berbelas kasih , tolong menolong serta cara berkomunikasi dengan orang lain. Demikian pula menanamkan nilai-nilai agama dengan cara memberikan keteladanan yang baik , sehingga dapat menjadikannya suatu suasana kehidupan dalam udara yang segar yang penuh dengan keutamaan. Dalam memberikan pendidikan agama , hendaknya jangan sampai melebihi batas kemampuannya. Islam adalah agama pertengahan. Sesuatu yang paling baik adalah pertengahannya. Demikian pula, Rasulullah s.a.w tidak memilih sesuatu antara dua perkara kecuali yang paling mudah selama perkara itu tidak membawa dosa. Kita sendiri harus menyedari sepenuhnya , bahawa bermain dan bersenang-senang adalah dunia anak yang paling asasi. Oleh kerana itu, sudah sewajarnya, apabila kita tidak boleh memaksakan segala sesuatu yang diluar kemampuan atau yang berlawanan dengan pertumbuhan dan perkembangan anak. Perlu diketahui pula, bahawa memperbanyakkan tuntutan serta kritikan akan menyebabkan kejumudan serta perasaan berdosa pada anak. Selain itu, ibu bapa harus menanamkan untuk menghargai al-quran di hati anak-anak agar mereka dapat mengetahui kesucian al- quran , menghayati aspek ritualnya, serta menemukan hikmah dari bacaannya.
Sesetengah pendapat mengatakan asas pendidikan anak bermula di rumah. Kebiasaanya pendidikan di rumah yang diberikan kepada anak adalah daripada para ibu. Para ibu dan bapa memainkan peranan penting dalam memberikan pengetahuan agama kepada anak-anak mereka. Terdapat satu hadis mengenai seruan solat untuk anak.
“ perintahlah putera-puteri kalian mengerjakan solat ketika berusia tujuh tahun. Dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun.” ( HR Abu Daud , ad-Daruquthni dan al-Hakim)
Bagi mengatasi masalah keruntuhan keluarga dalam islam, sekali lagi ibu bapa harus membina kasih sayang sesama insan di dalam keluarga.
Konsep mendidik anak-anak:
Nabi Muhammad pernah berpesan:
“Didiklah anak-anakmu untuk menghadapi zamannya.”
Zaman dahulu anak-anak di didik dengan hukuman rotan dan denda,ketika itu anak-anak lebih lasak dan persekitaran tidak membenarkan anak-anak meninggalkan rumah apabila dimarahi oleh ibubapa. Berlainan dengan anak-anak sekarang lebih terbuka fikirannya. Mereka cepat menilai ibu bapa dan persekitaran pula menjadi penggalak untuk mereka lari dari rumah apabila di tegur ibu bapa. Oleh itu, mendidik anak-anak perlu disesuaikan dengan zaman tidak perlu mengikut cara zaman dahulu. Kita harus menghormati anak-anak sepertimana kita ingin di hormati. Jika kita terlau banyak memarahi anak-anak, mereka akan menjadi orang yang tidak yakin pada diri sendiri, pembohong, pencuri dan penculas. Tetapi jika dimanjakan sangat akan menjadi keadaan yang sama. Oleh demikian, keseimbangan mengikut saranan rasulullah adalah perlu di praktikal oleh ibubapa. Sikap hormat menghormati bukan di praktikan oleh ibu bapa saja, tetapi hendaklah diamalkan ketika bersama anak.Oleh itu setiap ibu bapa jangan memandang rendah kemampuan anak kita. Hormatilah dia sebagaimana kita menghormati orang lain, cara ini mereka akan berfikir dan bertindak seperti orang dewasa. Terlalu kerap menghukum anak-anak tanpa penjelasan yang adil sikap yang patut dijauhi oleh ibu bapa. Kemampuan anak –anak terhad jika dibandingkan dengan orang dewasa.
Anak-anak perlu dididik berdasarkan penjelasan, bukan leteran dan kemarahan. Sekarang ini teguran yang melebihi lima ayat dikatagorikan sebagai leteran. Anda sebagai ibu bapa perlu mencari kaedah terbaik yang padat dan ringkas untuk menegur dan menasihati anak. Secara amnya mendidik anak-anak bukanlah suatu tugas yang mudah ia amat menuntut kenyakinan dan komitmen yang tinggi pada ibu bapa. Perbincangan membabitkan anak-anak memberi peluang kepada mereka untuk melahirkan pendapat dan buah fikiran. Inilah cara yang paling baik. Apabila berhadapan dengan permasalahan anak , ibu bapa hendaklah berbincang kerana sebab sesuatu masalah perlu dikaji dan dibincangkan.
Sebagai ibubapa anda menjadi contoh, jadi sebelum mendidik anak dengan nilai murni dan aspek keagamaan, diri kita harus diperbetulkan belajar ilmu keibubapaan daripada orang yang lebih arif. Timba pengalaman orang lain mengenai pendidikan anak-anak. Cari ilmu melalui seminar,membaca buku dan sebagainya. Kerana perbuatan tanpa ilmu adalah bahaya. Mendidik anak-anak harus diajar erti kemiskinan,penderitaan dan kesusahan. Ajar anak-anak melawat dan melihat orang-orang yang kurang bernasib baik, seperti anak-anak yatim, orang cacat dan sebagainya.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“ salah satu kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ialah tidak mengajar untuk meletakkan barang pada tempatnya.”
Ini bermakna kita perlu mengajar anak kita berdikari dan yakin dengan kebolehan diri sendiri. Ibu bapa harus juga menghormati hak anak-anak mereka, seperti meminta maaf jika ibu bapa melakukan kesilapan kerana sikap bertolak ansur, hormat menghormati dikalangan keluarga amat perlu. Oleh itu, setiap ibu bapa harus mendidik anak-anak dengan cra yang lebih baik. Kelebihan dan kelemahan anak-anak perlu diterima dengan hati yang terbuka dan sikap pemaaf mampu menjadi penyelesaian kepada sebarang permasalahan. Didikan yang tidak bersungguh-sungguh dan kurang menekankan aspek kerohanian, menyebabkan ank ingkar perintah ibubapa, sekalisus moral akhlak anak-anak tidak begitu membanggakan.
Dalam al-quran telah diceritakan kepada kita tentang Nuh a.s ketika menyuruh membuat kapal supaya orang-orang beriman selamat ketika terjadinya air bah. Maka baginda khuatir anaknya akan tenggelam dan timbul rasa kasihan terhadapnya baginda berusaha menasihatinya seraya berkata:
“hai anakku , naiklah bersama kami,dan janganlah engkau ikut bersama-sama orang kafir.”
Namun ia menolak dan berkata; “aku akan berlindung ke gunung yang melindungi aku dari air.”
( Hud:42-43)
Tanda kasih sayang ibu bapa terhadap anaknyadengan mendoakan mereka dengan kebaikan.
Nabi Ibrahim berkata:
“ ya tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang mendirikan solat, ya tuhan kami kabulkanlah doaku.”
( Ibrahim: 40)
Akhir kata, hubungan keluarga menetukan masa depan anak-anak iaitu cara perhubungan mempunyai tugas yang penting dalam menentukan suasana emosi yang wujud. Dalam espek struktur perhubungan dan suasana emosi kebanyakan keluarga boleh dokategorikan ke dalam salah satu daripada :
A: keluarga yang ketat kawalannya
Suasana keluarga yang berasingan daripada masyarakat luar kesetiaan seseorang ahli hanya tertumpu lepada keluarga itu sahaja. Oleh itu setiap ahli keluarga hendaklah mengawal tingkah laku mereka sendiri. Ibu bapa mengharap anak-anak membentuk kawalan sejak dari awal lagi. Dalam hal ini kepentingan bersama adalah asas utama keluarga ini. Amalan agama adalah menjadi asas tunjang keluarga ini.
B: keluarga dinamik
Keluarga ini boleh membuat penyesuaian tanpa menjejaskan strutur yang wujud di dalam keluarga.
C: keluarga bebas
Dalam keluarga ini tidak ad sebarang struktur dan peraturan yang menentukan corak perhubingan individu didalam keluarga. Akibatnya is menghasilkan kekeliruan,konflik dan keadaan yang tidak terkawal.
Apapun bentuk kehidupan keluarga, didikan agama yang cukup, ibu bapa yang soleh dapat mengimbangi keadaan untuk mendidik dan membesarkan ank-anak mereka yang sihat fizikal dan mental mereka.

0 ulasan:
Post a Comment